Resepi Nasi Ayam Hainan Noxxa


Aku masa kecik kecik aku memang suka nasi ayam. Kalau arwah mak pergi pasar malam dia terus beli sahaja tanpa tanya aku. Simple and senang sahajakan nasi ayam ni. Ada ayam , nasi and sup. Jadi aku plan nak buat nasi ayam hainan nanti. Nasi daging dah teror, hehheh kita ber 'ayam lah pulak. Jom cuba Resepi Nasi Ayam Hainan Noxxa





Dulu makan nasi ayam yang biasa sahaja. Lepas tu baru tahu ada nasi ayam hainan. Eh Sedap jugak rupanya. Aku pulak selalu beli nasi ayam hainan tu di pasar malam. Selalunya aku kongsi dengan anak aku la heheh sebab bahaya nanti aku makan banyak .





Lagi satu aku suka betul makan nasi ayam hainan chee meng. Setiap kali anak aku habis main futsal di sport planet di ampang aku akan singgah sini .





Kalau tak nak resepi ayam hainan, korang boleh tengok koleksi periuk noxxa di sini





Masa musim PKP or movement control ni segala benda mak nak cuba masak untuk famili sebab hahaha tak boleh keluar makan makan kan. lagipun bila lagi nak coba yer dak





Bahan Bahan Resepi dan Cara masak Nasi Ayam Hainan dengan Noxxa





Resepi Nasi Ayam Hainan Noxxa
Image kredit : https://www.zomato.com/kuala-lumpur/nasi-ayam-hainan-chee-meng-kuchai-entrepreneurs-park




Time needed: 1 hour.

Masak nasi ayam hainan dengan periuk Noxxa

  1. Rebus Ayam, Start dengan Stir Fry

    Masukkan minyak 1sudu
    Bawang merah besar 1- siap blend
    Bawang putih 3-Blend
    Halia 2 inci - potong halus cantik juga1/2 ekor ayam
    Air ~ mesti cukup untuk tenggelamkan ayam
    Garam

  2. Tutup stir Fry

    Air ( ikut byk beras mcm saya 2cawan air 3cawan )
    Kalau nak buat sup guna air rebusan ayam lebihkan air jadi saya lebihkan 4 cawan)
    Kiub Ayam 2

  3. HP 5 minit

    After that, lepaskan wap boleh keluarkan Ayam sahaja
    Keluarkan air lebih 4 cawan tu utk sup.
    Masukkan beras 2 cawan dan daun pandan.

  4. Masak Nasi - Stir Fry

    Tumis bawang dann halia yg dikisar menggunakan ghee atau butter.
    3. Masukkan Kulit Kayu Manis, Bunga Lawang dan seangkatan dengannya.

  5. letakkan semula ayam td dan set HP 7 minit.

    Air rebusan ayam tu rasa dulu..ikut sedap rasa kalau nak tmbh perisa , garam ( saya tidak tambah apa2 perisa ..sebab tadi dah letak kiub ayam)

  6. Atau asing Goreng ayam pun boleh

    Perap dengan sos tiram dan kicap dan goreng. Balance dari air ayam diperap, dimasukkan dalam periuk kecil dan mixkan dengan air rebusan sup.





Nasi dah ready, ayam pun dah ready, sup pun sama siap kan. So now kita kena buat sambal nasi ayamnya pulak.





Sambal Nasi Ayam Hainan





Blend kesemua bahan bahan ini yer





  • Tomato 1biji/Sos Tomato
  • Cili besar 5
  • Cili padi 3
  • Gula satu sudu
  • Garam satu sudu kecil
  • After blend
  • Masak sampai ok rasa ikut tekak uols
  • Setengah orang letak cuka or letak perahan limau, sedap juga kan.




Sos Kicap





  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 5 sudu besar air rebusan ayam
  • 1 sudu besar gula




So dah bersedia nak cuba resepi nasi ayam hainan ni? apa apa pun beli ayam yer hahahah.. tak ada ayam maka tak jadi lah nasi ayam nanti.


Comments

  1. sedapnya. percaya tak, ray x pernah makan nasi ayam hainan.

    ReplyDelete
  2. Heheheh sedap sbb byk rasa halia sikit

    ReplyDelete
  3. Hai. Nak tanya HP 5 minit tu maksudnya kat screen noxxa tu keluar macam mana ye?

    ReplyDelete

Post a Comment