Resepi Mee hailam Sedap dengan air rebusan stok ayam


Musim MCO ni semua orang cari idea nak masak apa untuk familikan. Hari tu adalah share dengan dalam IG dan FB story. Lepas tu Heheh ramai pulak mintak resepi Mee hailam Sedap ni. Terus teringat nak share dalam Blog supaya senang orang nak refer.





Dalam famili aku setiap sorang ada signature masakan masing masing. Kakak sorang tu terer masak mee kari ipoh style memang power oo, sorang lagi laksa, sorang laki koaytew, kak ipar aku pulak trademarknya pula dengan nasi daging.





Selalunya anak anak sedara aku ni memang akan minta aku masakkan mee hailam setiap kali kita orang akan berjumpa dan bergathering. Laki and anak aku pun memang akan selamba sahaja menambah kalau aku masa mee hailam ni. Tak pernah bosan katanya.





Resepi Mee hailam Sedap




Sebenarnya rahsia untuk buat mee hailam ni, kuahnya mestilah dari air rebusan ayam. Hehhe insyallah sedap kalau korang cuba.





Setengah orang akan letak lada hitam kan, tapi entahlah aku tak pernah cuba lagi letak lada hitam ni. Mungkin juga sedap. Tapi sebab laki aku ni macam tak berapa suka. Takpalah aku bagi korang list bahan asas untuk mee hailam ni lepas tu korang tambah ikutlah suka hati korang





Resepi dan bahan bahan mee hailam sedap





  1. Air rebusan ayam
  2. Bawang merah
  3. Bawang putih
  4. Cili kering kisar / cili boh
  5. Sos Cili
  6. Sos Tomato
  7. Sos tiram
  8. Kicap manis
  9. Kicap masin
  10. Udang/ayam/Daging
  11. Fishball/fishcake
  12. Buah tomato
  13. Sayur sawi
  14. Mee kuning




Resepi Mee hailam Sedap




Cara cara masak mee hailam





  • Mula-mula buat air rebusan ayam dahulu
  • Hiris bawang merah, bawah putih
  • Tumis bawang dan cili boh
  • Masukkan ayam terutamanya yang ada tulang banyak.
  • Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap
  • Masukkan air rebusan ayam
  • Biarkan mesra
  • masukkan udang/ayam/daging/fishball/fishcake
  • Mee kuning
  • Tomato
  • Sayur sawi




Kalau nak sedap lagi makan mee hailam, potonglah cili padi, atau nak sedap lagi cuba cari cilik jeruk. Perggghh memang terangkat.





Kelemahan mee hailam ni, kalau kita pakai kuah yang banyak nanti mee tu akan cepat kembang. So sekiranya memang tengah menunggu tetamu, masaklah dulu siap kuah tu. Bila tetamu sampai baru masukkan mee kuning tu.





Ingat tau, resepi mee hailam sedap ni rahsia sebenarnya adalah stok ayam tu. Tak payah lama pun rebus., jangan pakai air biasa sahaja memang akan rasa kosong and tak ada manisnya. Lagi satu selalunya mee hailam aku memang meriah dengam ayam, daging, udang semua. Baru puas makan. Tapi kalau dekat kedai bengkok lah tokey kedai hahahah





Okaylah selamat mencuba dan menjamu selera.


Comments

  1. mee hailam mmg sedap..klu kena dgn tangan tukang masaknya. selalu KG makan d luar .mee hailam dia..huhu.. macam nak nangis aje rasa dia.mcm nak buang jer..tp husband kata makan jer..maka kita pun makan dgn muka monyok..hahahah

    ReplyDelete
  2. itulah .. sis pun payah nak suka mee hailam luar

    ReplyDelete
  3. i don't really eat mee hailam but i do had them a lot masa kt boarding school.
    sbb it was prepared for us, so kene la makan kan. hehe

    ReplyDelete
  4. […] bosan makan nasi daging jom try mee hailam dgn air rebusan ayam. confirm sedap […]

    ReplyDelete
  5. […] kalau agaknya nak makan yang heavy korang cubalah pulak resepi mee hailam dengan air rebusan ayam yang meletop dalam entri aku yang lain […]

    ReplyDelete

Post a Comment