Resepi Ayam korea dengan Gojuchang sauce


Bulan puasa ni susah sangat nak pergi restoran Kychun or four fingers makan ayam korea nih. Sebenarnya almost sebulan sekali aku akan terjah memana restoran korea. Sampai kawan kawan kata aku ni dah tahap ketagih. Yelahkan bulan puasa ni susah lah nak dapat sebab jarang keluar. nah, aku share dengan korang resepi ayam korea atas usaha aku buat beberapa research sendiri .. chewah.





Antara tempat favourite yang aku pernah pergi nak pekena ni .. Kyochun, 4 Fingers, and paling meletup and pedas adalah Sweet Little Tree yang terletak di Ampang. Aku rasa kewujudan sweet little tree ni dah lama, sepat jalan ampang memang terkenal dengan kawasan Expat.





Fuh makan di Sweet litte tree ni memang air mata/hidung keluar tanpa sedar tapi tangan ko akan terus capai ayam dalam mangkuk. Cuma... tak crisp atau rangup macam restoran yang ada sekarang ni





K fry aku belum pernah pergi sebab aku tak berapa gemar ayam yang dibalut dengan cheese tu. Terus rasa macam muak. tapi , aku nak cuba lah jugak kan. Manalah tahu sedap





Okay nah aku share dengan korang, selalunya aku buat untuk family aku sendiri atau orang yang mari bertandang memang dia orang kata sedapnyaa... hahaha...





Setengah orang buat jadi macam masa cili merah biasa, dan itu lah yang aku takutkan. Beria aku buat research tau... so rahsianya adalah Sos gojuchang tu. Tapi tulah tak boleh harap sos tu sahaja, adalah teknik teknik tambahan seperti perapan awal, double fry and etc.





kalau korang google memang banyak lah versi. Ayam korea pedas, ayam korea manis and macam macam lagilah. Rupanya aku punya resepi hampir sama dengan version dari sirap limau cuma aku tak letak lemon hehhe.. takpa nanti kita try version tu.





Bahan-Bahan





  • 18 ketul ayam bahagian kepak atau peha
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 3 ulas bawang putih – kisar halus1 inci halia – kisar halus
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak untuk mengoreng




Bahan bahan Sos





  • Sos Gochujang
  • Garam
  • Brown sugar/ Madu
  • Cuka buah
  • Bawang putih yang dicincang halus
  • Soy Sauce
  • Chili flakes




Resepi ayam korea




cara masak Resepi ayam korea





First and foremost, ayam tu selepas basuh dan boleh terus mulakan acara perapan untuk beberapa minit. Tetapi pastikan letak bawang putih, lada hitam, halia dan garam. haa





Aku tumbuk jer kesemua tu, kasi lumat semua. ( tapi sebenarnya masa nak buat ni aku tak jumpa serbuk lada hitam, tapi yang jumpa putih version ada lah . Sedap jugak





Gaul gaulkan kesemua tu, dan tinggal lah kejap dalm 5-10 mins sahaja





Next, standby tepung jagung





Minyak tu panaskan lah yer sebab kita nak mulakan acara gorengan dah. Salut ayam tu dengan tepung jagung, gaul gaul. Korang dah boleh mula goreng.





The best part ni, korang kena buat double fry supaya ayam tu akan kekal rangup. double fry tu korang goreng dan keluarkan lepas tu masuk goreng sekali lagi.





Dah habis goreng korang boleh terus buat sos





Aku dah experiment nak buat sos ini dengan butter dan minyak. Butter lagi best sebab ada rasa masin masin tu..





Masukkan butter, lepas tu bawang putih. and then masuklah sos gojuchang, tambah air, madu, cuka sikit haaa...dah siap.





Simple jekan....





Satu lagi killer resepi aku korang kena try buat nasi daging... nanti aku na share . Eh satu lagi menu best korang kena cuba, geng blogger aku nina mirza ni ada resepi best utk ayam masak kicap tapi guna oats. Jom try buat sama-sama. Budak budak mesti suka


Comments

  1. okay... dia ada masam masam sikit.. tapi campur honey tu yang budat lagi sedap... cubalah .. tak mahal sgt

    ReplyDelete
  2. Salam sis. Kat mana nak beli sos gojuchang di KL?

    ReplyDelete
  3. Dekat village grocer and jaya grocer ada jual

    ReplyDelete
  4. […] Awak! Buat peminat Korean Food, tu hari Nina terjeling  Resipi Ayam Korea Gochucang Sauce  Kak Azni, nampak menarik tak caya pi tengok sendiri dan tak susah pun nak masak. Lain kali nak […]

    ReplyDelete
  5. […] macam aku suka makan ayam korea jugak lah. Aku ada jugak share resepi ni […]

    ReplyDelete

Post a Comment