Aku amik loan ASB ni tahun sejak tahun 2016. Maknanya aku dah dapat dividen sejak tahun 2017, dan ini adalah tahun ke 3 aku dapat dividen. Fuh! tapi tahun ini aku lega sebab aku dah tahu cara kira zakat ASB.
Banyak blog yang aku refer untuk pembayaran zakat ASB ini antaranya Jom Urus Duit. dan juga www.afyan.com tapi aku masih rasa tak puas hati. Dan kebetulan aku antara orang dalam projek CSR Zakat dan kelab KBBA so aku pun ambik peluang untuk bertanyakan terus cara kiraan sebenar khas untuk zakat ASB
Katanya senang jer, pergi sahaja ke pusat zakat bawak statement sebab hanya 69 % sahaja dari dividen yang akan dikenakan zakat. 69% ini ditetapkan okeh lembaga zakat yer. Bukan aku suka suki letak. So kira consider.. ini benda baru sebab info ini aku tak dapat pun dari kedua dua blog tersebut.
Jeng jeng..maka awal tahun baru ini serabut aku bertambahlah balik. Sebab ingat follow macam dalam blog tu sahaja, ini info baru yang aku nak kena hadam and paham pulak.
Selagi tak settle bak kata kawan aku, abislah kena tibai kat bawah tu .. huhuhu... mau tak takut kan. (kami memang selalu seloroh begini)
Bayar Zakat secara online
Selalu bagaimana korang bayar zakat? Zakat ni ada macam macam yer kawan-kawan. Zakat pendapatan, zakat emas, zakat perniagaan dan juga zakat simpanan. huihh.. baik korang settle awal. Kalau tidak akan jadi penyakit kedekut and susah nak keluar duit. ( baik ngaku hehehe)
Korang boleh refer mana mana web zakat untuk pembayaran zakat tersebut. Tapi part ASBF ni tak adalah pulak. So itu yang aku keliru sungguh.
Sebenarnya paling senang korang bayar secara online. Senang sangat aih. Untuk kes aku, memang zakat pendapatan dah potong gaji siap siap, tapi aku ni lalai sikit kadang kadang sebab lupa nak tambah potongan bila gaji dah naik. ( macam lah selalu naik gaji hahahah)
Tetapi, heheh siap ada tapi pulak yer, aku suka top up nilai kekurangan tersebut setiap bulan puasa. hehehe kan bulan penuh baraqah tu.
Tapi.. 2018 ni aku terlupa .. dan nasib baik aku sempat buat sebelum tahun 2018 berakhir. Sebabnya untuk aku masukkan nilai dalam income tax nanti. Korang tau kan?? Jangan tak tahu zakat fidyah pun orang masukkan dalam rebat income tax tu tau.
Macam aku selalunya bayar di zakat selangor sebab aku tinggal di kawasan selangor.
Cara kira Zakat ASB
Jadi, aku pun pergilah ke pejabat zakat selangor di Puchong sepertimana yang dicadangkan. Yang aku faham dari ke dua blog di atas tu untuk mereka yang ambik loan Financing ASBF berkenaan isu zakat ini pula terbahagi kepada 2.
- Rolling semula keuntungan untuk bayaran bulanan
- Tidak mengambil keuntungan tetapi membayar komitmen bulanan melalui gaji
Kedua dua nya ada perbezaan yang ketara. Jadi apa yang akan aku kongsikan disini adalah mengikut scale aku. Yakni yang no 2 tu. Aku memang tidak rolling keuntungan tersebut sebab aku buat ini sebagai force saving untuk aku. Jadi kalau korang nak tahu pasal yang no 1. tu boleh refer entri blog tersebut yer.
Alhamdulillah aku survive untuk 3 tahun ini walaupun kena bayar hampir $ setiap bulan untuk ASB. Ini sebabnya aku dah habis bayar rumah, kalau aku tak buat macam ni mesti duit aku hilang tanpa di kesan hahaha..
Maklumlah dah tua kenalah menyimpan. Amaun ini kira sikit jika dibandinglan dengan orang lain tau.
Oleh kerana nilai unit pelaburan di ASB adalah Ringgit Malaysia, maka kadar zakatnya adalah 2.5% .
Kawan aku pun Ada call customer service centre katanya ini adalah kiraan terbaru setelah ASB ini sah bawah syariah yang bermula dari tahun 2016
Contoh Cara kira zakat ASB untuk kes ASBF 200k dan tambahan cash sendiri
- Tahun bermula ASBF RM200,000 + RM14,000 (cash sendiri)
- Tahun kedua (ada keuntungan), jadi kena zakat kalau lebih nisab
- Cash (RM14,000 x 2.5%) + Keuntungan ASBF (RM15,000 x 69% x 2.5%) = Jumlah kena zakat
- 200k itu hanya sijil dan bukan pemilikan penuh. Tak payah bayar zakat sampailah kita surrender nanti.
- If tiada cash dlm asb, so zakat atas dividen sahaja. If ada letak cash 2k, kan bawah nisab so x payah lah.
- Tapi utk zakat simpanan bank lain korang kena refer cara di portal zakat yer.
kan aku dah cakap awal awal tadi, 69% sahaja dikenakan zakat atas dividen bukan kesemuanya yer. Sebenarnya aku dah letak formula dalam Excel tapi tak tahu macam mana nak share dengan korang kalau berminat. Masuk sahaja amount dalam cell yang setkan tu. (nanti aku pikir caranya yer)
So aku bahagi siap -siap antara amount cash yang aku masukkan awal awal dahulu dan juga satu bahagian lagi dividen tersebut . Tetapi Jumlah zakat yang aku keluarkan adalah dari portion duit cash + Dividen/pendpatan asb yer.
Untuk bahagian biru tu, aku follow zara pengiraan zakat simpanan. korang boleh refer dari maiwp dan juga zakat selangor
- 27 December 2019
- Latest Update lain pulak pengiraanya.. 72%, untuk simpanan yang biasa tu
- korang boleh refer https://www.zakatselangor.com.my/keputusan-syariah-zakat/pengiraan-zakat-asb/
- Tapi hanya untuk pengiraan simpanan biasa bukan ASBF
- Pokok + (pendapatan x *72% ) = ….. x2.5% = Zakat
- Tapi aku masih blur ni.. aku letak sini dulu .. mcm banyak sgt pulak nak kena bayar banding dengan keuntung yang aku dapat hahaha.
Simpanan Dalam Satu Akaun
Lembaga zakat selangor
Jika sesuatu simpanan itu telah genap setahun dan pada hujung haul (setelah ditolak faedah yang ada dalam tempoh tersebut) adalah melebihi paras nisab, maka seseorang itu wajib untuk mengeluarkan zakat atas wang simpanan.
Aku harap korang paham apa yang aku tulis nih. huhuhu.
Kalau korang tak ada cash, boleh lah ignore sahaja bahagian biru tersebut. Mungkin korang bawa keluar keuntungan itu kan. macam aku, sengaja biarkan dia beranak cucu kat dalam tu. Jangan nak PM nak pinjam pulak, aku sendiri pun tak boleh pinjam duit ni hahahah.. sorry guys.
Aku malas nak cakap pasal hukum ASB ni, sebab aku bukan lah pakar. Tapi boleh refer di https://gilahartanah.com/hukum-pelaburan-asb/ untuk mengetahui pendapat ASB. Cuma aku pegang salah satu pandangan dalam entri ni
ASB ‘harus,’ tapi perlu dibersihkan sebahagian dividen
- Pandangan ini merupakan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada tahun 2016.
- Melalui fatwa ini, umat Islam harus melabur dalam ASB. Tapi wajib untuk bersihkan sebahagian dividen berdasarkan peratusan pelaburan haram.
- Ia hampir sama dengan pandangan pertama tapi mengambil jalan tengah daripada pandangan kedua.
Nak cakap kelebihan zakat ni aku rasa korang pun dah paham kan. Malas nak cakap banyak . Tapi sebagai orang islam kita jalankan tanggungjawab kita. Makin banyak memberi makin banyak yang akan datang . Insyallah
lagi satu aku nak pesan kita kena plan our financial wisely.. tak banyak pun sikit. Kena juga tau.. (sekian khidmat masyarakat) hahaha
wah,bagus ni entri mengenai cara kira zakat asb.Walau Ina tak menyimpan di ASB,tapi nak juga tau untuk dijadikan panduan.Ramai kawan-kawan menyimpan di isni
ReplyDelete[…] Lega dah tau cara kira Zakat ASB - Modern Mum's Thingy January 29, […]
ReplyDeleteHanya 69% drp dividen perlu dizakatkan.
ReplyDeleteBaki 31% tu boleh simpan ke? Atau kira kena derma kat mana2 sebab x dikira pendapatan x bersih?
Kalau baki dari 69% tu x boleh simpan untuk labir semula, agak rugi juga la. Seolah olah kaalu dividen ASB 7%, kita hanya layak dapat 4.8%. Then kena tolak zakat lagi. Tinggal lah 2.3% shj :p
Mohon pencerahan.
*pembetulan: sebab dikira pendapatan x bersih
ReplyDelete*pembetulan: sebab dikira pendapatan x bersih
ReplyDeleteOwh yg 31% tak payah zakat.. biarkan shj dlm tu. Konsep zakat ni utk mensucikan. Jadi dr amout pendapatan amik portion 69% kemudian dikenakan zakat 2.5%
ReplyDeleteSalam, terima kasih atas contoh pengiraan zakat yg puan tunjuk. Saya ada bberapa kemusykilan sedikit, sebagai contoh:
ReplyDeleteSimpanan ASB (duit sendiri) 200k,
dividen asb tahun 2020 = 1%;
maka dividen yg kita dpt ialah sebanyak rm2,000.
Pengiraan nisab:
simpanan cash 200k X 2.5%=5k
Dividen 2k X 2.5% = 50
Jadi, jumlah zakat yg kena bayar adalah sebanyak 5,000+50=RM5,050.
Betul ke kiraan saya?
Kalau betul, maka duit simpanan cash saya akan susut:
Simpanan + dividen = 200,000 + 2,000 = 202,000
Tolak bayaran zakat sebanyak 5,050
202,000-5,050 = 196,950. (Baki selepas bayar zakat)
Tapi kalau salah, harap bole membantu pengiraan saya.
Terima kasih.
Alamak.. hahaha.. konsep zakat sendiri mensucikan harta .. dlm simpanan kita ada hak org lain.
ReplyDeleteSama juga dgn zakat pendapatan yg kita buat kan. Mmg total duit kita menyusut sbb kita keluarkan RM byr zakat.
So relatif perbandingan nilai zakat vs keuntungan investmen tu agak susah juga. Boleh refer org yg lebih arif .
Dividen tu hanya dr portion 69% x 2k x 2.5%
ReplyDeleteWell noted, sebab zakat pendapatan mmg akan menyusut sebab sebahagian income yg kita dpt tu ada hak org lain.
ReplyDeleteCuma dlm contoh situasi macam ni, nilai simpanan kita akan susut setiap tahun jika pulangan kurang daripada kadar zakat 2.5%..
Mungkin kena rujuk pakar2 camne diorang explain kalau situasi sebegini berlaku :)
Selama ni yg saya faham, keuntungan dividen sahaja yg dikenakan zakat 2.5%, sebab modal awal tu dh disucikan sebelum ni, so tkde “double-dip”. Nampak gaya mcm saya yg tersilap paham ni... hehe
Thanks for your kind reply, hopefully we may get the answer soon.
Bermakna zakat dari dividen tu lagi kurang la kan kalau ikut pengiraan puan berbanding dgn pengiraan saya.
ReplyDelete69% tu sapa yg tetapkan? Thanks.
Salam...saya confuse dgn cara pengiraan zakat untuk dividen..RM14,082.41 x 69% = rm9716.86..lepas tu rm9716.86 x 25% = rm242.92...tp dalam table kenapa rm24.29 sahaja untuk zakat?
ReplyDeleteSilap..x 2.5% zakat
ReplyDeletealamak.. betullah .. tersalah letak titip perpuluhan .. tq kerana tqgur.. orait saya betulan terus.
ReplyDeleteSaya nak confirm kan part claim Lhdn . Bahagian zakat untuk di claim dr LHDN adalah zakat pendapatan iaitu dr gaji yg diterima. Manakala asb adalah simpanan / saham .. bole claim juga ke under zakat pendapatan ? Sebab setahu saya kalau tabung haji declare dividend kita tak payah pening2 nak bayar zakat kerana TH dah tolak siap2 .. “dah tolak siap2” kita tak claim pun amount tu dr income tax .. lg satu mana saya nak tahu peratus 69* tu . mohon pencerahan .. terima kasih
ReplyDeleteZakat fitrah pun ada org claim dkt income tax kalau simpan resit .
ReplyDeleteYer tbg haji mmg dah buat zakat siap2.. tp sepatutnya boleh jer claim cuma tak ada resit kan. Yang simpanan ni kita byr sendiri so simpanglah resit.
Dlm income tax zakat tu termasuk semua lah.. pendapatan,
Peratus 69% tu lembaga zakat yg setkan. Hanya 69-% dividen yg diperolehi layak di zakatkan. Lepas tu kali lah pulak dgn 2,5%
Terima kasih untuk perkongsian. Boleh saya dapatkan excel tu tak?
ReplyDeleteDari segi screenshot tu tak berapa nak faham:
- cash tu maksudnya wang yg sedia ada dalam akaun sebelum ASBF?
- kadar nisab tu dapat dari mana?
yer betul cash tu mmg dah ada .. cth saya amik 200k sijil... lepas tu mmg ada cash saya biarkan jer dlm tu.
ReplyDeletekadar nisab tu mmg tiap2 tahun keluar oleh pihak lembaga zakat.
salam,
ReplyDeleteDividen yg dikenakan zakat adalah 72%, maka bakinya 28% adalah dividen yg tidak patuh syariah iaitu haram. Jika tak silap saya, dividen 28% tu tak boleh simpan. Harus diuruskan mengikut fatwa negeri masing2 cth nya diberikan ke baitulmal etc.
[…] lembaga zakat selangor dekat puchong tu. Lepas tu aku memang suka top up and bayar zakat simpanan, zakat ASB semasa bulan puasa sebab nak rebut kelebihan bulan ramadhan, Dah lah panas, tak boleh minum heheh […]
ReplyDelete