Tips Shopping di Perth yang wajib korang tahu


Aku dah janji kan entri sebelum ni, aku akan cerita khas Tips shopping di Perth. TIpulah korang tak shopping hahaha.   Alang alang dah murah balun jelah yer dak. Both of us.. bukanlah kaki shopping sangat tapi kami suka kalau dapat barang yang murah dari Malaysia. Satu kepuasan uolls.





Inilah kelebihan kalau travel sendiri, kita boleh je control time. Kalau travel dengan travel agent dan beramai ramai payahla sikit kan.





Aku nak ulang cakap, nak masuk Australia ni korang kena ada visa yer banyak agensi yang buat. Aku buat online tapi macam mahal pulak dari pakai agen. Ada kes tak tau kena ada visa at the end tak lepas dekat pelepasan. Aduii naiya.. naiya Sama juga kalau nak pergi china, korang boleh usha yang servis runner visa china murah





BACA: Tips shopping di Ho Chi Minh





Sebut Oz jer korang terbayang apa? Mesti correlle kan.. pastu sekarang ni Bonds and Smiggle kira barang wajob beli kalau ke sana.  Ini aku cakap dari kategroi shopping lah. Janganlah jawab Kangaroo.





Correlle tu tak lah semurah yang aku dapat di US dulu tapi sebab aku nak menebus kebodohan aku beli satu set dahulu hahah jadi kali ni nak balas dendam. So sebelum pergi aku dah aim aku nak rembat 2 sets of correlle, beli smiggle .. and beberapa barang kecil di Kmart. itu sahaja... (konon) hahahah





Tips shopping di Perth
sampai kaunter .. ada diskaun plak lagi weh ...




Paling best, laki aku sengaja pilih homestay yang berdekatan dengan Watertown yakni Factory Outlet. haa sebab tu lah aku cakap laki aku nilah best travel buddies aku. Dia boleh paham apa bini dia nak (padahal dia yang nak shopping  hahah). Apartment ni kami ambik dibawah AIRBNB. so aku dah jimat banyak sebab aku banyak promote airbnb.. alaa macam affiliate lah. Kalau ko promote pastu ada orang amik bawah ko dapatlah komisen.





Haa mai amik bawah aku otomatik ko akan dapat credit untuk travel kali pertama. heheh jangan cakap akak tak payung. Rugi tau kalau korang tak ada akaun airbnb and paling rugi kalau sign up tanpa referrral.









Okay back to cerita bab shopping. Setakat ni kalau travel Factory Outlet tu menjadi pilihan kami untuk shopping tetapi barangan dari negara yang keluarkan produk ini . Contohnya kalau ke australia carilah barangan seperti bonds, Quicksilver, and smigggle dan juga Oroton. Tapi.. dinasihatkan sebelum pergi sana rajin rajin lah survey barang di Mall terlebih dahulu. ataupun follow lah IG tertentu.





BACA ; TIPS SHOPPING DI NEW YORK, WOODSBURRY DAN WASHINGTON





Outlet besar seperti Coles, woolsworth, big W, Target dan Kmart dibuka sehingga 9 pm pada weekdays. Biasanya outlet2 ini ada di mall dan shopping area. Shopping centre biasanya dibuka 11 am pada hari Ahad





.





1. Watertown





Tips shopping di Perth
rugi korang tak beli tau. aku ni anak dah besar. dan aku pun malas nak jadi personal shopper sebab tak cukup masa. Hnaya beli kan untuk anak anak sedara sahaja




Watertown mempunya beberapa outlet terkenal seperti  Levis, CK, Quicksilver, Cotton On, Orotan dan beberapa lagi. Korang boleh follow web https://www.watertownbrandoutlet.com.au/ untuk maklumat lebih details . Paling penting tengok operation hours yer.





Aku nak share experience di sini. Disebabkan kami memang tinggal betul betul berhadapan watertown memanglah advantage kami boleh repeat jer kalau ke sini. Tetapi operation hours nya alahai  dari kul 9.00 pagi - 5.30 petang. hahahah abis tu, tak bolehlah nak ke tempat lain kalau tiap hari kan. Maksud aku kalau lah dia bukak sampai 10 malam kan best. Cuma hari Jumaat jer dia bukak sampai kul 9.00 mlm





Jadi hari pertama sampai, memandangkan check in kul 2 kami pulun shopping dari kul 10-2 petang. Hari pertama aku tak beli apa apa pun. Sebab aku hanya aim jacket tapi tak jumpa yang berkenan dengan harga dan tak ada size.





Aku hanya beli cermin mata yg berharga RM10 dan juga Apple strudel di Corica (berdekatan dengan watertown)





Tips shopping di Perth
perghh.. mmg murah ya amat banding ngan KL laa




Tapi...  anak aku dah borong beli smiggle untuk dia dah kawan-kawannya. Sangat murah. Eraser dan pengasah yang berharga rm20++ disini dapat di beli dengan harga RM3.00 sahaja with minimum qty of 5. Iman rembat head set dalam 17.50Aud kat sini heheh dekat RM80 dan juga hadiah untuk BFF dia. 2 bulan sebelum pergi dah cakap banyak kali dah nak belikan hadiah untuk kawan dia. adeh





Bonds, untuk yang ada anak kecik korang kena pergi tengok. Hanya 10AUD. dekat sini orang jual dekat RM80 pun ada kan. Tapi yang peliknya disini, pada kali ke dua aku pergi boleh jatuh 6AUD. giler dak. Harga dia berubah ubah. Sama juga seperti smiggle, hari pertama je dapat murah. hari lain dah tak dapat dah.





Quicksilver abam beli dalam RM 35 kut. memang murah lah weh .. mana nak dapat. apa lagi balun lah . Cotton on produk OZ tapi tak semua murah. hahah aku beli spek rega RM10  itupun sebab murah and stylo. See .. aku ni bukanlah kaki soping sangat haha.





Tips shopping di Perth
kawan aku ni lah start borong quicksilver, siap panggil kita orang soping sekali.. hahah tapi berbaloi




Tapi akhirnya, pada hari terakhir baru aku jumpa jacket yang aku berkenan dengan harga RM110.00. Perbandingan dibuang dengan Uniqlo malaysia yang bernilai RM250.00 so, bagi aku murah lah . Bukan kedai hari hari yer. haa.. cakap terang terang. Kalau compare yang ni memang mahal lah jadinya weh.  Kedai jacket ni aku lupa nama dia  tapi berada di bahagain bawah Ground watertown.





Tapi, oroton tidak murah. Maybe bukan time sales dia. Murah lagi kawan aku beli di Pavilion. Ini aku frust sikit. Konon aku nak buat koleksi dan kununnya murah seperti Coach di US. Tapi nampaknya tidak .. so tak payalah nak membazir. My expectation was nak harga yang bawah RM500 sebab Coach boleh dapat harga macam tu di US. So jangan membazir.





2. Kmart





Aduh, aku dah follow IG dia sebelum aku pergi lagi okay. So aku dah tau apa benda yang aku nak beli. Barang barang dia memang quality tiptop. Terutamanya barang rumah and deko. Patutlah kawan aku pergi bawak balik 2 lampu. hahah aku pun sebat juga 1 lampu. Sebab murah ya amat. Yang penting dia bukanlah quality dari China. Standard mcm ikea tapi harga lebih murah. so On ke ta ONz? opkoslaaa...ONz





kalau ikutkan kerusi dia pun aku nak beli hahaha... tapi takkan kut. Nak citer betapa murah dan quality sebenarnya.





tah apa apa kan beli sudip. tapi comel yakmat. mana tahan




Barangan dapur seperti sudip yang comel hanya 1.50AUD bersamaan  RM4.00 macam tu. GIler murah. Mana nak dapat. Selain dari tu barang barang make up seperti eye brow, pencuci muka, face mist, blusher pun hara dari 2AUD hingga 5AUD. kalau korang kata tak murah aku tak tau lah.





Aku juga sempat beli baju dan seluar sukan dalm 10AUD sehelai. perbandingan dibuat dengan Decathlon. so murah lah wehhhh....takkan aku tak beli. Lepas ni aku posa lah beberapa bulan. Memang macam ni lah pesen aku. Kalau tak jenuhlah credit card beranak. Kena control.





Tips shopping di Perth
haaa tengok barang yang beli hehhehe... ni yang buat teringat nak p sana lagi. visa valid setahun




 





 





3.Big W





Tips shopping di Perth
Muka ada senyum sebab sempat rembat beberapa barang yang didamkan




Sini lagi satu tempat berhantu. aishh... giler !!. Contoh di the square miraabooka ni, ada terdapat beberapa mall yang duduk under one roof. Ada Big W, Ada k Mart, ada woolsoworth macam tu. So aku boleh pergi dan patah balik untuk mencari barang





Aku beli set Quilt hanya 9AUD bersamaan RM28 hinggit. Kain dia punyalah superb. dan aku rembat 2 yeee haaa. Memang tak nyesal.  Aku dan kawan aku pun sama sama rembat design yang sama. Sebab limited.  Baju baju budak pulak dalam 5Aud, kualiti tak payah cakap sebab memang best. Jadi iman lah paling banyak baju





So lepas ni pergi shopping complex memang kami takkan shopping lama. Kami pergi makan sahaja. Sebab posa shopping.  Tapi ini lah yang aku buat selama hari ini. Memang kami tak shopping sangat di Mall  Malaysia sebab harga mahal. Tapi dengan kata lain kami ni tak membantu ekonomi negara lah. tapi hahah terpaksa lah beb kena jaga ekonomi keluarga kecil kami.





Alang alang dah travel so kena lah balance kan balik duit keluar dan masuk.





Kalau nak banding dengan baju budak budak di sogo, tu semua made in china. di Big w ni made in Australia tau. Kualiti dia memang cantik and superb. Patutlah kawan aku yang duduk di perth ni cakap, dia orang pun suka shopping tempat macam ni sahaja. Tak payah nak aim sangat Quicksilver or branded yang lain.





Haa aku beli correlle di sini. Tapi sebelum tu pergi 2/3 BigW berlainan juga sebab design tak berkenan. Heheh nasib baik geng travel aku sehati sejiwa bab ni. Paling murah dapat correlle disini, round shape design lama dalam Rm150 untuk 16pcs. Aku beli yang baru sikit dalam RM260 Square.  Online correlle yang jual di Malaysia pun dalam RM360.00 kalau pergi shopping complex haruslah capai angka RM500. haaa mau aku tak beli 2 sets. rugi oit.





 





4. Chemist Warehouse





Siapa yang pergi OZ tak pegi or jejak sini memang lah rugi ya amat. Perfume murah sampai aku geram dan offer pada kawan kawan dengan harga upah rm15 setiap satu botol. Personal shopper selalu amik upah RM50 tau hahaha. lagipun boleh lah buat top up kos luggage. Bistu berat weh.. takkan lah FOC. Tunggu aku kaya gile macam Jho Low aku belanja kawan kawan hahah.. Tapi eh.. dah tolong beli harga murah ni pun dah okay sangat kan.





Ini contoh harga perfume yang aku beli untuk kawan kawan aku. sila convert dan bandingkan sendiri harga di Malaysia.





Tips shopping di Perth
Murah weh perfume




Selain dari itu kat sini juga aku suka beli supplement dan juga produk lain. Sebagai contoh lanolin cream ni hanya berharga rm12 sedangkan online yang jual disini dalam RM45.00. Pasal lanolin ni aku tahu dari dari rakan aku yang kaki travel juga. Bagus untuk kulit kering. dan pecah pecah. Boleh dipakai di muka atau satu badan.





Waktu operasi sehingga 9 malam. Jadi korang boleh susun jadual masa terbaek untuk ke sini.  At least ada option mengisi waktu malam





 





5. Freemantle shopping di Ed Shed market





Sila cari kedai Aussin ini untuk beli sebarang souvenir. Kalau jumpa di tempat lain tu sila lah tahan nafsu terlebih dahulu. Memang jauh beza harganya. Ownernya chinese Indon. Cakap melayu jer nak beli barang. Dan siap boleh mintak diskaun yer.





Aku hanya beli beberapa barang sahaja sebagai souvenir contohnya coaster, tshirt, dan kain. hahah sebenarnya aku serabut kalau byk barang kat rumah. Jadilah yang beli ini untuk dijadikan kenangan kawan kawan.





E-shed market hanya dibuka hari Jumaat hingga Ahad sahaja. Hari lain tutup. Kat sini banyak dijual souvenirs dan sangat murah berbanding di Perth City.





Tips shopping di Perth
sini korang cari lah souvenir australia




 





6. Coles dan Woolsworths





Gila best beli barang dapur kat sini.  Memandangkan aku peminat kopi sempatlah aku rembat kopi LaVAZZA untuk dibawa balik ke malaysia nanti. Harga dalm RM12. di Malaysia dalam Rm45 rasanya. hehhe puas tau dapat murah. Ramai juga yang rembat MIlo, katanya lain. Tapi sebab family aku bukan kaki milo kami tak trylah.





Chocholate pun ada yang murah. Tapi beli lah yang rare. Nutella pun banyak kata murah tapi aku tak ambik pun. Sebab nak abis yang kat rumah tu berjaman. Ada kes yang letak dalam luggage berbotol botol akhirnya terbuang begitu sahaja sebab ada limit cecair yang dibawa naik dalam luggage.





Ramai yang beli kopi Dares. Aku sempat juga merasa . hurm.. hurm.. memandangkan aku hantu kopi hahah bagi aku hanya double espresso sahaja yang berjaya membuatkan aku teruja. Yang lain tu biasa aja. Sebab aku pernah rasa kopi local yang buat lagi sedap.  So aku hanya bawa pulang 3 botol kopi Dares









Shoppinglah dengan bijak dengan Tips Shopping di Perth ini





Kalau di ingat kembali, memang best shopping di Perth. Selain dapat tengok negara orang memang kami akan suka shopping juga. Tapi pesen yang murah murah lah. Pergi europe dulu memang tak mampu weh. Barang mahal. Kalau ke England pulak mampu pergi shopping di Primark sahaja and dapatlah beli handbag best di Bicester Village





So diingatkan korang yang travel ni heheh sila lah bawak duit lebih untuk shopping kalau ke Perth yer. Kalau pandai boleh lah buat bisnes. Kalau korang ada masa nak melayan permintaan orang. hehehehhe. Aku cuma tak sempat nak tengok pandora jer. eh... tapi lagipun takde bajet dah hahaha. Sebenarnya tak sempat sebabkan opertation hours dia orang kan sampai kul 5 sahaja. Payah!





Nanti kita sambung citer pasal attraction lain di Perth pulak wokay. Kalau korang nak tengok itinerari kita orang boleh jer baca entri aku yang sebelum ni kat sini. Memang tak sama dengan travel with travel agent. We all travel rilek-rileks sebab kekonon nak pergi lagi sebab ada kawan kat sana. Insyallah.






Comments

  1. Kutunggu gambar set correlle mu itteww...mane..mane? hahaha! tapi memang gitu kan..kalau dah tau harga murah berganda dari kat sini baik beli pukal. Tudiaa..pukal teruih perkataan nya. Yang sudip tuh comel weh...lantak ler kalau balilk pakai jugak sudip yang lama. HAHAHA...

    ReplyDelete
  2. […] Kalau aku nak cerita banyak tak habis. Entri ini mukadimah sahaja. Korang boleh intai apa lagi yang seronok shopping di Perth […]

    ReplyDelete
  3. […] ni seronok juga untuk shopping kalau pandai cari. berbaloi baloi, boleh refer tips shopping di Perth untuk lebih info. Hahaha sori laa.. sis ni ni categoy flashpacker and kadang-kadang boleh jadi […]

    ReplyDelete
  4. kalau nak beli handbag (quality but affordable) kat mana sesuai ??

    ReplyDelete
  5. Watertown ada .. normally murah kalau banding dgn malaysia . Cuma bila i buat perbandingan di uk and us jadi tak beeapa murah. But mu fren ckp kalau masa sale murah

    ReplyDelete
  6. hi i nak tanya dulu sis beli perfume banyak ke? and lepas kastam tak? sbb risau pula kalau dh beli banyak 😅

    ReplyDelete
  7. Okay sis .. lepas jer.. i beli byk .... hehe

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah lega baca sbb skrg i dekat perth and dah beli banyak 😂🤗 thank you

    ReplyDelete
  9. Jgn bawak hand luggage. Masuk bawah yerr ... hand luggage ada limit

    ReplyDelete
  10. sis is it okay if kite org bawa balik malaysia 30 perfumes 😅 dorg ada tanya apa apa tak kastam malaysia or aussie? but letak in diff luggage

    ReplyDelete
  11. Rasanya okay jer kut ... ada geng dok perth jadi Personal shoppee if balik malaysia .. tp asing asing luggage tu ok tu

    ReplyDelete
  12. Jemput singgah ke website kami untuk mengetahui banyak lagi pakej murah dan sangat berbaloi :)
    www.kembarasufi.com

    ReplyDelete
  13. sis taw ke agen yg handle shipment bawa balik baju if beli byk dr sana? kastam now sgt ketat risau pulak if kena tahan 😂

    ReplyDelete
  14. […] mana nak mula dulu yer. Banyak ni nak cerita. Kalau korang nak tau pasal bab shopping di perth or restaurant halal yang confirm dapat status halal dari Halal board […]

    ReplyDelete
  15. Seronok baca tips shopping dari blog ni . jika anda berminat untuk snorkeling ke pulau redang atau sewa boat ke pulau redang boleh click www.vigourmarine.com.my untuk info lanjut.

    ReplyDelete
  16. Boleh tau tak sis tinggal di homestay mana masa di perth ni

    ReplyDelete
  17. […] tips shoping ni sebab aku yakin korang mesti nak cari info ni kan. Aku ada tulis pasal shoping di Perth, Ho Chi Minh and New […]

    ReplyDelete
  18. Boleh kasi tips tak kalau kita beli set pinggan mangkuk di sana a few barang yg besar besar mcm mana nak bawa balik ke malaysia ??

    ReplyDelete
  19. Boleh kasi tips tak kalau kita beli set pinggan mangkuk di sana and a few barang yg besar besar mcm mana nak bawa balik ke malaysia ?

    ReplyDelete
  20. […] akhirnya kami tetap pergi Perth , lupakan hal ini sementara waktu. Sebab benda dah nak jadikan. Alhamdulillah memang kami enjoy […]

    ReplyDelete

Post a Comment