Kalau sesiapa yang berada di tengah kota bandar, korang boleh intai intai untuk mencuba menu Buffet Ramadhan PNB Perdana on the park . Alhamdulillah semalam, aku dan family berpeluang untuk berbuka puasa di sini.

PNB Perdana sebenarnya menawarkan 2 tempat untuk berbuka puasa iaitu 39 Restaurant dan di Restoran 10 binjai dengan tema Nostalgia Ramadan. Kedua dua nya menawarkan menu yang berbeza tapi kami memilih untuk ke 39 Restaurant kerana teringin menikmati KL skyline di waktu malam. 2 In 1 gitew.
Yang pastinya seleksi menu yang mampu membangkitkan selera kita, terdiri dari pelbagai variasi menu ramadhan bufet antaranya ialah menu utama yang terdiri daripada Nasi Minyak Badam, Ayam Masak Merah, Daging Salai Percik, Ikan Pari Asam Pedas, Sotong LemakCili Padi dan Kacang Panjang goreng taugeh tidak dilupakan kambing bakar bersama sos istimewa, Ayam Golek Madu Lembah Pantai serta seleksi pilihan seafood untuk sajian grill.
Disamping itu, aneka sajian kerabu yang terdiri daripada buah-buahan dan salad juga disajikan. Pastinya korang pun akan merasa teruja untuk merasai hidangan makanan lazat penuh khasiat sebagai menu berbuka puasa untuk seisi keluarga dan rakan-rakan.
Biasalah kan, kalau dah bulan ramadhan ni mata pandang semua makanan sedap jer, dan memang aku menahan air liur sahaja sewaktu pusing-pusing di kawasan buffet line.
BACA : Korang boleh baca SENARAI BUFFET RAMADHAN 2018 untuk kuala lumpur dan Selangor
Tapi korang perasankan makanan ni pun macam jatuh cinta pandang pertama. hahah.. sekali aku lihat dah tau apa yang nak terkam. Dalam hati tak sabar jer nak makan.
[caption id="attachment_5574" align="alignnone" width="600"]
aduii lupa nak makan yang ini laaa[/caption]

[caption id="attachment_5583" align="alignnone" width="600"]
Kita mulakan dengan bismillah. Nampak tak gulai kawah daging kat pinggan aku tu heheh.. nasi sikit.. lauk banyak[/caption]

Rupa-rupanya Abam pun ada perasaan yang sama, selepas dia lihat aku balun baik punya dengan nasi dan gulai kawah tu dia terus ambil semangkuk Gulai kawah daging ini tanpa makan nasi. hahahah... lagi puas katanya.
Perut dah kenyang ni, tapi aku dok pikir pikir memang menyesal kalau tak ambil kari kepala ikan pulak. Perghhh.. nasib baik ambik. Sebab memang sedap. Betul la firasat aku .. chewah.
[caption id="attachment_5581" align="alignnone" width="600"]
haa tengok kari kepala ikan ni.. sib baik aku makan[/caption]
Sebenarnya semasa makan nasi tu aku siap ambil terus semangkuk kecil sup gear box untuk makan beramai-ramai. Memang terbaek lah sebab selain tu boleh dicampur dengan bahan lain seperti perut, daging dan ayam juga.

Iman pula ada favourite nya sendiri. 3 kali ulang ambil Popia goreng pedas. 3 kali tau.. so apa lagi kami pun turut sama "pow" pinggan dia yang penuh dengan popia tu. Iman ni, boleh tahan taste dia. Agaknya sebab kami ni memang food hunter jadi dia boleh bezakan mana yang betul best dan biasa biasa sahaja. So betulla pilihan dia sebab kami pun rasa enak bangat! hahah
[caption id="attachment_5577" align="alignnone" width="600"]
ni round 3. Pipi pun nampak bulat dah tu iman[/caption]

Ustaz tersebut adalah ustaz2 yang akan mengimamkan di Masjid Assyakirin KLCC dan pihak Hotel PNB Perdana pula berbesar hati menaja penginapan mereka sepanjang bulan Ramadhan. Ya allah Terbaek kan.. sejuk jer dengar.

Bulan Ramadhan mana lengkap kalau kita tak menunai kan solat kan. Jangan mai makan jer. Surau disediakan di tingkat 5. Sangat Luas dan selesa. Aku memang puas hati kalau hotel mengambil kira faktor faktor sebegini. Setengah tu.... errr.... krik krik ..
PNB Perdana On The Park ini berkonsepkan syariah islam sememangnya telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi. Jadi sudah pastinya status halal itu merupakan satu perkara yang tidak perlu dicurigai kerana merupakan salah satu Hotel yang menerima pensijilan syariah sepenuhnya daripada JAKIM.


So apa lagi, kalau tak tau nak berbuka dimana, pastikan PNB Perdana ni dalam List korang. Kalau datang bersama keluarga beramai ramai memang seronok, selepas puas makan boleh minum kopi sambil memandang pandangan yang indah di sini .

PNB Perdana sebenarnya menawarkan 2 tempat untuk berbuka puasa iaitu 39 Restaurant dan di Restoran 10 binjai dengan tema Nostalgia Ramadan. Kedua dua nya menawarkan menu yang berbeza tapi kami memilih untuk ke 39 Restaurant kerana teringin menikmati KL skyline di waktu malam. 2 In 1 gitew.
Yang pastinya seleksi menu yang mampu membangkitkan selera kita, terdiri dari pelbagai variasi menu ramadhan bufet antaranya ialah menu utama yang terdiri daripada Nasi Minyak Badam, Ayam Masak Merah, Daging Salai Percik, Ikan Pari Asam Pedas, Sotong LemakCili Padi dan Kacang Panjang goreng taugeh tidak dilupakan kambing bakar bersama sos istimewa, Ayam Golek Madu Lembah Pantai serta seleksi pilihan seafood untuk sajian grill.
Disamping itu, aneka sajian kerabu yang terdiri daripada buah-buahan dan salad juga disajikan. Pastinya korang pun akan merasa teruja untuk merasai hidangan makanan lazat penuh khasiat sebagai menu berbuka puasa untuk seisi keluarga dan rakan-rakan.
Biasalah kan, kalau dah bulan ramadhan ni mata pandang semua makanan sedap jer, dan memang aku menahan air liur sahaja sewaktu pusing-pusing di kawasan buffet line.
BACA : Korang boleh baca SENARAI BUFFET RAMADHAN 2018 untuk kuala lumpur dan Selangor
Tapi korang perasankan makanan ni pun macam jatuh cinta pandang pertama. hahah.. sekali aku lihat dah tau apa yang nak terkam. Dalam hati tak sabar jer nak makan.
[caption id="attachment_5574" align="alignnone" width="600"]
[caption id="attachment_5583" align="alignnone" width="600"]
Pilihan Modernmumthingy
Macam aku cakap laa, semua sedap mata memandang, tapi mata aku ni dok terpaku tengok 3 makanan utama. Kebetulan kedua duanya dihidang bersebelahan. Aku tau kebanyakan orang pasti akan terkam Grilled lamb. Di sini pun ada juga, tapi disebabkan kebanyakkan hotel menawarkan grilled lamb aku prefer mencari kelaianan- Gulai Kawah Kambing
- Kari Kepala Ikan
- Sup Gear Box
Rupa-rupanya Abam pun ada perasaan yang sama, selepas dia lihat aku balun baik punya dengan nasi dan gulai kawah tu dia terus ambil semangkuk Gulai kawah daging ini tanpa makan nasi. hahahah... lagi puas katanya.
Perut dah kenyang ni, tapi aku dok pikir pikir memang menyesal kalau tak ambil kari kepala ikan pulak. Perghhh.. nasib baik ambik. Sebab memang sedap. Betul la firasat aku .. chewah.
[caption id="attachment_5581" align="alignnone" width="600"]
Sebenarnya semasa makan nasi tu aku siap ambil terus semangkuk kecil sup gear box untuk makan beramai-ramai. Memang terbaek lah sebab selain tu boleh dicampur dengan bahan lain seperti perut, daging dan ayam juga.
Iman pula ada favourite nya sendiri. 3 kali ulang ambil Popia goreng pedas. 3 kali tau.. so apa lagi kami pun turut sama "pow" pinggan dia yang penuh dengan popia tu. Iman ni, boleh tahan taste dia. Agaknya sebab kami ni memang food hunter jadi dia boleh bezakan mana yang betul best dan biasa biasa sahaja. So betulla pilihan dia sebab kami pun rasa enak bangat! hahah
[caption id="attachment_5577" align="alignnone" width="600"]
Kemudahan semasa Buffet ramadhan PNB Perdana
Sewaktu aku sibuk sibuk memilih makan untuk berbuka puasa , aku dengar alunan zikir yang sedap didengar. Tekaan asal aku ingatkan pihak hotel buka siaran radio, rupanya ada ustaz yang berada di satu sudut berzikir dan memberikan tazkirah kepada pengunjung.Ustaz tersebut adalah ustaz2 yang akan mengimamkan di Masjid Assyakirin KLCC dan pihak Hotel PNB Perdana pula berbesar hati menaja penginapan mereka sepanjang bulan Ramadhan. Ya allah Terbaek kan.. sejuk jer dengar.
Bulan Ramadhan mana lengkap kalau kita tak menunai kan solat kan. Jangan mai makan jer. Surau disediakan di tingkat 5. Sangat Luas dan selesa. Aku memang puas hati kalau hotel mengambil kira faktor faktor sebegini. Setengah tu.... errr.... krik krik ..
PNB Perdana On The Park ini berkonsepkan syariah islam sememangnya telah diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak tahun 2007 lagi. Jadi sudah pastinya status halal itu merupakan satu perkara yang tidak perlu dicurigai kerana merupakan salah satu Hotel yang menerima pensijilan syariah sepenuhnya daripada JAKIM.
Harga buffet Ramadan PNB Perdana On The Park.
- The 39 Restaurant
Normal rate : RM123.00 bagi dewasa ; RM 61.50 (Kanak-kanak 4 - 12 Tahun) - Restoren 10 Binjai
Normal rate : RM 98.00 ( Dewasa) ; RM 49.00 (Kanak-kanak 4 - 12 Tahun)
Contact no
- The 39 Restaurant : 03-7490 3939
- Restoren 10 Binjai : 03-7490 3838
- Maklumat lanjut, layari www.pnbperdanaonthepark.com
So apa lagi, kalau tak tau nak berbuka dimana, pastikan PNB Perdana ni dalam List korang. Kalau datang bersama keluarga beramai ramai memang seronok, selepas puas makan boleh minum kopi sambil memandang pandangan yang indah di sini .
[…] PNB Darby Park Juadah Istimewa : Gulai Kawah, kari Ikan, Sup Gearbox […]
ReplyDeleteSetuju kak... Sup gearbox dia sedap terangkat.
ReplyDeleteTapi kan.... Serius akak rugi besau tak cuba grill lamb dia. Lain dari hotel lain kak..... Pekena lak ngan sos dia. Gabung sos cendawan bersama black pepper. Padu beb!
Rasa .. tp sbb dah sejuk kut... so x de lah ulang2 sgt ..
ReplyDeleteFuhhh..terbaik betul menu dia kakni..tergoda tengok..ada rezeki nak ajak Mr Hubby buka posa kat PNB
ReplyDeleteNak cuba la popia goreng pedas tu hari ni...nak iftar hari ni kat sini...kami pilih restoren 10 Binjai. Tq sharing sis.
ReplyDeleteBest kan berbuka puasa kat PNB. Teringin nak dtg lagi..kalau dekat mmg dah join korang semalam. Redha jer la dok jauh..huhu
ReplyDeleteSangat bagus tempat berbuka puasa yang ada menyediakan surau... Senang nak solat Maghrib semasa berbuka... Lepas solat maghrib boleh sambung makan balik..
ReplyDeletemenariknya menu
ReplyDeleteMenarik menu²nya, tempat pun cantik.
ReplyDeleteBestnya kak.. Makanan sedap.. Tempat cantik..
ReplyDeleteterliur tengok menu, ape ni buka blog time pukul 10 pagi ni!! arghh!!!
ReplyDeleteKaaan
ReplyDeleteDah pergi. Gravy utk kambing dia mmg takleh lawan! Saya kasi 10 bintang!
ReplyDeletedah pergi.. suka dessert hahaha..ulang2 amek kuih dia jgk
ReplyDeleteTerlalu banyak makanan yang disediakan dalam hotel ini. Jika saya pergi mesti saya tak tahu apa nak makan dulu.
ReplyDeleteMemang terbaik..makan sini semua jenis makanan nad ambil, kecuali mihun dengan salad-salad tu..nad suka sup..sedap
ReplyDeleteGoing this saturday.. Boleh suggest pukul berapa patot ada disana? Kami dr sg buloh.. Hehe.. Xtau nk bajet time 😅bdw.. Smpai pukul berapa ya dorang open 🤔
ReplyDelete