Me'nate memang layak memenangi anugerah

Nama Me'nate itu sendiri sangat catchy bagi aku. Katanya dari perkataan "man + ate". Golongan yang memakan daging. So to make it interesting di tambah jadi lah Me'nate. Selalu dengar orang kelantan sahaja cakap 'menate mu' kaaan. Dan kerana nama "menate" inilah berjaya menviralkan restoran ini bila azwan ali tersalah faham bila salah seorang peminat mencadangkan padanya tempat makan best di "me'nate" ini.

Baca : Tahniah Me'nate

Kedua, adalah kerana salah sorang pelanggan telah menviralkan bahawa dia telah dikenakan caj RM10,000. wah...betul ker?  Mestilah kita terkejutkan. Tapi persoalaanya betul atau tak yer? Entahlah saya pun tak tahu. Tapi bak kata owner Me'nate sebenarnya ada banyak pilihan untuk daging yang sediakan mengikut bajet dan kesesuian.

 

[caption id="attachment_4693" align="alignnone" width="600"]me'nate ni kongsi ramai ramai... iols tak abis makan sorang[/caption]

 

Atas isu isu di atas ni, secara tak lansung kita pun terus mencari siapakah owner Me'nate ini dan sejarahnya. Bagi aku sangat sangat menarik kerana bukan calang calang orangnya. Pernah bekerja dengan Ratu Elizabeth pulak tu.


Baca
: Demi Islam, Pakar Daging Ratu Elizabeth ini buka restoran Me'nate

 

 

[caption id="attachment_4694" align="alignnone" width="600"]me'nate starter weh[/caption]


Pertama kali kenal Wagyu di Me'nate


Kerana Me'nate lah aku pertama kali mengenali Wagyu, suka betul aku dengar nama ni. macam nama special kan. lembu wagyu (wa bermakna Jepun, sementara gyu bererti lembu) yang berasal dari Kobe, Jepun. Dari sini lah aku pandai cari daging wagyu bila pergi ke jepun pada tahun 2016 dahulu. Harga huhuhuhu memang lah mahal. Tapi demi nak rasa daging tersebut. Rasa?? ummm sedap oit.

Ofis aku ni ada beberapa group ni memang suka sangat untuk makan daging wagyu di sini. katanya memang sedap ya amat.  dikatakan dagingnya lembut umpama mentega, cair ketika di dalam mulut . Tak terbayang aku weh. Aku pulak prefer daging kambing, memang jarang order steak kalau kemana mana. Selalunya abam sahaja yang pilih steak ni.

 

[caption id="attachment_4696" align="alignnone" width="600"]me'nate proses dry aged[/caption]

 

Tapi pada Tahun 2015, sempena birthday abam so aku pun bawak lah dia kesini. Special lah sikit kan. Kebetulan masa tu baru  sahaja di buka di bangi. Maka sampai lah hajat nak sampai ke sana. Kena test and try barulah kita tau sedap atau tidak. tapi aku tetap order kambing abam pula dengan wagyunya. hurmm memang lembut.. dapat rasa dua dua kan. Iman pula tak habis habis dengan spagethi.

Sebelum buat pilihan, pekerja kedai di Me'nate normally akan guide and explain setiap daging tersebut jadi kita dah boleh congak congak harga nanti. Jadi aku hairan untuk kes orang terkejut kena bayar RM10k tu.
 

Next time aku nak cuba Dry aged pulak ataupun tomahawk   .. nyum nyum

 

Tips terbaik kalau nak cuba daging ni pastikan medium well sahaja, barulah dapat menikmati hidangan sebenar daging yang lebih juicy

Baca : Dotty's syurga pastries

 

[caption id="attachment_4695" align="alignnone" width="600"]me'nate Chef menerangkan jenis jenis daging yang terdapat di me'nate[/caption]


Yakin dengan tahap halal Me'nate


Sebagai food hunter memang banyak jugak restoran- restoran lain yang aku pernah cuba. Tapi bila ko jejak ke restoran ini memang rasa happy kut.. hahaaha. Sebab ownernya orang islam yang sangat mementingkan tahap halal dalam setiap menu yang disediakan .
“Saya buka restoran ni sebab saya sahut cabaran, iaitu untuk menyediakan steak terbaik tanpa menggunakan arak. Dan saya berjaya lakukannya. Kita kan ada Allah” - owner Me'nate vocket

 

[caption id="attachment_4697" align="alignnone" width="600"]me'nate proses untuk siapkan rib eye dan tomahawk[/caption]



Anugerah yang dimenangi



  • “Malaysia International Business Awars 2017- Excellence in Western Steak House” anjuran Dewan Perniagaan Melayu Selangor pada 12 Disember 2017 dan

  • “The Brandlaureate Best Brad in F&B – Steak House 2017-2018″ anjuran Asia Pacific Brands Foundation (APBF)” pada 8 Februari 2017.


 

Kelebihan Me'nate



  • Me'nate telah mempunyai beberapa cawangan di sekitar kuala lumpur dan selangor. Setapak, Ampang Jaya, Bandar Baru bangi dan Shah alam

  • Akan membuka beberapa cawangan di beberapa negeri

  • Mempunyai tempat pemotongan sendiri

  • Daging import terbaik dari jepun, australia dan new zealand tapi masih dapat mengekalkan harga walaupun berlaku kenaikan currency baru baru ini.

  • Menyediakan pelbagai jenis hidangan selain dari daging.


 

Tahniah me'nate, aku suka betul kalau orang melayu sukses dalam bisnes perniagaan seperti ini. Apa kata korang pergi cuba try bawak pasangan di hari istimewa barulah rasa berbaloi baloi.

Comments

  1. Tahniah me'nate.. kena set tarikh gak ni nak g try hehehe.. tgk kak azni pegang dulang tu .. jehles kita tau.hahahaha..

    ReplyDelete
  2. sedap sangat makan kat Me'nate ni. no wonder boleh dapat award. minggu lepas dapat makan 2 kali kat sini . balik teganu ni dok teringat2 jer... next time turun KL memang kena repeat lagi la nampaknyer..hehe

    ReplyDelete
  3. Wahhh.. tumpang bangga dgn kejayaan org kita. Tahniah Menate

    ReplyDelete
  4. Sedap betul tengok, terus nak suruh husband belanja. Hehehee!

    ReplyDelete
  5. Harus atau wajib bahahah

    ReplyDelete
  6. Kaan... seronok jerrr

    ReplyDelete
  7. Amboiii 2 kali? Ini sudah lebey

    ReplyDelete
  8. Harus harus.. tgk plan nak g lagi

    ReplyDelete
  9. belum ada rezeki makan dekat menate nih lagi
    hehehe

    ReplyDelete
  10. Masih terasa menate di dlm mulut haha

    ReplyDelete
  11. sedapnye me'nate kak azni! teringin nak rasa!

    ReplyDelete
  12. Hehehhe sekali seumur hidup kena rasa wagyu steak tu

    ReplyDelete
  13. Tahniah Me'nate! Terus kecur baca pasal wagyu tu..alahai bilalah nak merasa ni...

    ReplyDelete
  14. Haaa kena try juga mohaaa

    ReplyDelete
  15. uihhh terliur pula nengoknya ... bila lah boleh sampai sana

    ReplyDelete
  16. Belum ada rezeki lagi untuk merasa di Menate. Setahu cawangan Menate di Bangi bersebelahan dengan cawangan Public Gold yang menjual produk emas dan perak Patuh Syariah secara online.

    ReplyDelete

Post a Comment