Akhirnya aku buang juga lump di tengkuk


Aku rasa aku dah simpan "lump" di tengkuk aku ni hampir 3 tahun. Itupun aku hanya menyedari kewujudan lump ni masa aku pergi mengurut. Yelah dekat bahagian belakang manalah nak perasan kan. Serius tak perasan sampai lah akak yang biasa aku pergi urut tu kata ada benjolan besar di belakang tengkuk.





Terus aku suspen dan tak tak tahu nak buat apa .





Dah umur warga emas macam aku ni hehe.. I mean especially yang umur 40 ke atas memang start macam macam penyakit kut. Memang kena rajin buat full check up.





Lump di tengkuk
Ini gambar sumber google. tapi Beginilah rupa bentuk lump di tengkuk aku




So kalau tak silap aku, aku terus pergi jumpa dengan dr di klinik klinik biasa . katanya takde apa, hanya "lemak" atau Fat di bawah kulit.  jadi aku biarkan lah dah bila dr pun cakap macam tuh kan..





BACA : End of 2019, Ada benjolan di payudara pulak dah!!





Kerisauan aku akan muncul setiap kali aku berbicara bab bab kanser, tumor and lain lain. Nampaknya aku ni macam tak yakin kan itu hanyalah fat semata mata.  Yelah.. persoalannya, cukupkah kepastian tu kita dapat dengan scan Ultrasound sahaja.





Goyang lagi perasaan aku.





Aku rasalah, setahun lepas tu aku terdetik nak buat tindakan susulan dengan dr pakar pulak. so biasalah kena pergi ke klinik biasa untuk dptkan referrral letter.  Tapi, hahah kami tak tahu nak rujuk ke bahagian mana ... Jadi kebetulan ada cousin suami bahagian ortopedik mencadangkan jumpa pakar ortho sebab mengandaikan berdekatan dengan tulang belakang.





Jumpa pakar tulang.. Eh!





Dah dapat GL jadi kami terus jumpa..  dengan dr pakar tulang di SJMC. seingat aku belum sempat aku cerita sepenuhnya dia pun cakap "owh ini lemak sahaja, dan saya tau u sakit sampai ke bahagian pingang bla bla bala.. hahah... dan soalan biasa lah kerja apa, bawak kereta kaa. and bla bla.. maknanya untuk faham our lifestyle and persekitaran kita.





Yup.. i can take that as a normal practise setiap dr akan tanya .  ( nasib baik tanyakan .. heheh cukup pantang kalau dr ni tanya kita sakit apa pastu terus bg ubat tanya check)





Tapi... tapi.... heheh dr ni soh aku p fisioterapi daaaa...





So bermulalah sesi fisioterapi di SJMC beberapa kali. Well yes, aku admit kadang kadang bila banyak menggunakan komputer atau drive lama mestilah belikat or pinggang kita kan berasa sakit.. Betul dak?





Tapi aku dapatlah ilmu ilmu yang best kat sini, macamana nak regangkan otot dan sebagainya. tapi masalah Lump aku ni tak settle jugak weh!!!





itu 2 tahun yang lalu.





 





Akak urut tegur lagi.





Seperti biasa bila aku sakit badan or sakit kepala aku jumpa semuala dengan kakak urut aku nih. Dia pulak yang tak sedap hati. nampak sangat dia risau .





Makin besar lah !





katanya,





akak bukan takutkan ko nih, tapi rasa nak kena cakap jugaklah. Dulu ada sorang yang akak selalu urut ni, lama akak tak jumpa. rupanya dia ada lump kat tengkuk macam ko ni ha... sampai lumpuh tak boleh jalan, selepas buang semua barulah boleh jalan macam biasa"





Omak aih... scarry kan ....  terus aku cuak.





So aku pun jumpa dr GP di klinik biasa di area Puncak jalil, huhuhu Dr tu pun terkejut tengok besar, dia kata ini pun mungkin lump sahaja tapi sebaiknya buatlah biopsi atau ultrasound untuk sahkan ianya tidak merbahaya. Straight away dia keluarkan surat referral dan dia sugest kita orang berjumpa dengan "general surgeon". dan memandangkan asben aku dr sime darby so aku prefer untuk rujuk dr di SIME Darby medical centre supaya proses lagi senang.





BACA : Kisah Sakit Jantung Orang terdekat dengan aku





Jumpa General Surgeon





Pemilihan dr ni nak kata senang, tak jugak.. heheh. so aku pu crowdsourcing di Fb , aku tanya sesapa ada experience dgn general surgeon di SJMC . alhamdulillah kawan kawan bg feedback yang baik based on recommendation masing masing. Kemudian we all masuk web SIME DARBY healthcare . senang juga nak buat appointment and check dr punya availability .





So aku jumpa dr. abel, aku ajak asben teman sekali sebab rasa nervous, Dr abel pun check, dia pegang pegang and cakap .. hanya FAT.. fuh...lega, lega maybe sebab dia pakarkan tapi still kena pergi ultrasound.





Radiologist pun bagus explain apa yang ada dekat screen tu.  so dia pun advice untuk buang, takut makin membesar katanya.





Bila jumpa dengan dr semula, aku ada pilihan nak biarkan atau buang sahaja. terpulang pada aku ..





lump di tengkuk
rupa bentuk lump/lipoma bawah kulit




 





Buang lah!





Yer.. aku buat keputusan untuk buang sbb aku takut makin membesar dan menekan urat urat yang tak sepatutnya. Ianya hanya day surgery. akan mengambil masa tak sampai 1 jam, tapi preparation nya yang lama, Kena sampai awal, masuk dalam wad sementara. (huhuh sampai tertidor aku)





Kemudian pakar bius akan sampai dan explain bla bla.





Ini kalau ikutkan dah 5 aku masuk OT, selain dari kes endometriosis aku dulu, bersalin, luar rahim ... setiap kali nak masukkan ubat bius mesti akan nervous. Rasa macam nak mati hahah.. betull .. sbb korang akan rasakan ubat tu sampai ke kerongkong dan panas dan akan terus tertidor. Memang dalam hati dok mengucap sakan weh





lump di tengkuk
hasil buangan lump di tengkuk aku yang besar kan.. lebar 7 cm tu weh




Alhamdulillah aku berjaya dah buang LUMP yang macam alien nih . Kalau gugel dekat web memang tak tahu pun kejadiannnya.





Ada yang aku baca ianya mcm inheritance,  lump atau limpoma ini adalah salah satu cara untuk buang unwanted toxic dalam badan sebab kulit adalah agen pembuangan toksik  paling besar selain dari kidney and liver. and yes,...  Abang2 aku pun ada beberapa benjolan di badan dia tapi size agak kecil dan tak putus putus kena bisul di badan





Wallhualam .. tapi aku mengadaikan sebab itulah kena follow sunnah dengan bekam sbb lump ini dibawah kulit.





Sekarang aku dapat mc 7 hari, rasanya macam tak layak dapat cuti, tapi rupanya kalau driving nak pusing tengkuk agak susah dan jika mengadap komputer dan menggunakan tangan, memang terasa juga lenguh di di bahagian tengkuk dan lengan....





Tapi setakat ni aku LEGA.. Alhamdulillah.






Comments

  1. Uishhhh kalau tak baca ni tak tahu pun pasal lump ni..

    ReplyDelete
  2. scary kan... takut jadi yg jenis berbahaya jer

    ReplyDelete
  3. Besar juga tu kak.. Takutnya.. Moga akak terus sihat

    ReplyDelete
  4. Semoga kak azni segera sembuh ya...lump lemak takpe...jgn lump kanser...sedih!

    ReplyDelete
  5. kaaan.. besar kan... cam alien

    ReplyDelete
  6. betul .. mintak2 itulah .. jgn jadi citer lain pulak lepas nih .. sbb tak sampai stage biopsi ...

    ReplyDelete
  7. Alhamduillah kak, dah buang. Lega rasa kan?

    ReplyDelete
  8. haaa lega... sakit tu mmg takder tapi dok terpikir pikir apa benda laaa dlm bdn aku ni

    ReplyDelete
  9. wow... besarnya!! ... good info.. aku pun ada kat atas wrist.. kalau terlebih gemuk (sbb mmg dah gemuk kan...) akan muncul lah benda ni.. kalau krg gemuk, dia pun hilang....

    ReplyDelete
  10. Ooo kat wrist tu kecil2
    Kan .. org pangol ganglion

    ReplyDelete
  11. Besar juga lemaknya tu... Moga cepat sembuh kak Azni

    ReplyDelete
  12. Mak ai besarnya. Moga dipermudahkan Allah.

    ReplyDelete
  13. Fuhhh , tapi lega kan bila dah buang

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah... Semoga dipermudahkan...

    ReplyDelete
  15. salam ziarah & follow..
    kite pun dah pernah buang lump kat Hosp Putrajaya thn 2008. patutnya day care jer..masuk pg, ptg blh balik..tp kite terpaksa warded 1 mlm sbb lump tu besar (bawah lengan) dan bleeding plak lepas operation tu.. Ni cam ade balik...tp tu la..nak pergi amek referral letter tu laa yg bercinta jer rasa tu tp dah start rasa x selesa dah nih....huhu

    ReplyDelete
  16. alhamdulillah semua oaky kan...? dia naik balik tak

    ReplyDelete
  17. Uiksss sampai bleeding yer. Mintak semua okay...

    ReplyDelete
  18. entri ni saya peram dah lama utk buka. cuak. tapi hr sy bc jugak. cuma, harus igt, jika ada kelainan waimma bisul kecil skalipun, kena amek berat. 1 doc x cukup. kena dpt 2nd opinion jgk. gws kakk..

    ReplyDelete
  19. […] masa aku mula order stok JAKM ni, aku baru sahaja lepas operation buang LUMP di tengkuk. heheh aku tak sempat nak makan antibiotik. Ter skip satu hari… huhuh kenalah […]

    ReplyDelete
  20. […] aku pada mulanya  seperti fisoterapi yang aku pernah pergi di SJMC untuk kes sakit ketumbuhan lump tetapi hehehhe aku dirujuk kepada bahagian ortopedik.. Pelik sungguh aku rasa pada masa itu dan […]

    ReplyDelete
  21. Hi nak tanya, u remove lipoma ni macam cosmetic surgery lah kan? Cover with GL atau sendiri. Thanks

    ReplyDelete
  22. Yup covered by GL selepas i jumpa gp, dpt referral letter ...selepas buat ultrasound cfirm so terus proceed dgn minor surgery

    ReplyDelete
  23. Boleh tak nak tahu kos operation buang lump tuu?

    ReplyDelete
  24. […] pernah laproscapy untuk Endometriosis, dan juga buang Lump di kawasan bahu. huhuh macam macam kan. Tapi kalau Big C ni siapalah tak takut kan. Hadoi.. mintak […]

    ReplyDelete

Post a Comment