Nasi daging NOXXA


Resepi Nasi Daging NOXXA yang sempoi





Mula mula kenal nasi daging masa kawin abang dan kak ipar tahun 1991 kut. Kak ipar cek orang utagha orang bukit mertajam... ehh.. terus cakap utara pulak. Katanya masa kenduri kebanyakkan orang sana masak nilah. Uishh.. nikmat sungguh makan masa tuh, sebab cicah ngan air asam weh.. kecur mulut nih. So kali ni share resepi nasi daging noxxa lah.





So setiap kali g rumah abang memang akan demand kak ipar masak nasik daging la. Masa tu takder lagi periuk noxxa ni. Tapi bila ada kenal ngan periuk noxxa nih... huhh.... kerja kak ipar pantas giler.





So ini lah salah satu sebab aku mula ber NOXXA. heheh sebab kerja jadi senang ya amat. Aku ada satu entri pasal nasi minyak yang lebih terperinci  dan step by step. Sesuai sangat unutk orangyang baru pertama kali beli NOXXA ni





BACA  : Panduan menggunakan NOXXA





Masa puasa pertama baru ni dah agak semua pasar ramadhan tak banyak orang menjual lagi. Tambah pulak cuti sekolah kan. Nak jadi citer petang tu hujan. Ya allah nasib baik masak nasi daging siap siap.





Puas! haa dah share kat FB ramai pulak tanya resepi... meh lah kita share nasi daging noxxa ni. kalau takder... boleh jer pakai periuk yang lain, yang penting nak rebus daging tu bagi lembut. Ini yang amik masa lama kan..





Kalau bosan makan nasi daging jom try mee hailam dgn air rebusan ayam. confirm sedap ...





Juadah ni sangat sesuai untuk berbuka puasa, malah sangat sesuai untuk juadah hari raya. Sebab kalau menggunakan NOXXA semua kerja jadi sedang dong!





nasi daging
haaa.. nasik daging real.. tak sempat hias... ngap terus masuk mulut




 





Bahan Bahan nasi daging





  • 4 pot Beras Brasmathi cucu dan toskan
  • 1kg Daging Batang Pinang (aku suka part ni sb lembut) Rebus dgn halia dan ketepikan
  • 1/2 tin susu cair
  • Bahan tumis
  • 3sudu minyak sapi
  • 1 pek rempah kurma (tapi aku tak pakai pun) terpulang laah.. boleh cuba try
  • 1 bijik bawang besaq
  • 2 bijik bawang putih (cincang)
  • Kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dgn buah pelaga
  • 1 helai daun pandan
  • 2 bijik buah tomato (potong dadu)
  • 1 kiub sup daging
  • Daun ketumbar




BACA : Resepi lengkap noxxa





 





BAHAN-BAHAN air asam 





  • 10 biji cili merah besar
  • 15 biji cabai melaka
  • 1/4 ketul belacan
  • 1 sdb garam
  • sedikit gula
  • air asam jawa
  • sos tomato and cili
  • kerisik
  •  2 biji tomato
  • 2 biji bawang besar
    nasi daging




 





Cara cara masak nasi daging noxxa





--> Mula mula you all rebus daging pakai High pressure yer,  kalau daging pinang dah lembut kan. so 15 minit pun boleh dah. simpan air rebusan daging ni. owh daging ni masukkan lah halia and garam juga





--> on noxxa tetapkan pd stir ,masukan minyak sapi, masukan bahan2 tumis kecuali tomato dan daun pandan lepas tu dah naik bau masukan rempah kurma, bila rempah dh masak masukan beras dan gaul sebati, masukan susu, air rebusan daging ikut sukatan beras, daun pandan, tomato dan masukan separuh daging rebus td dan last masukan kiub.. dan daun ketumbar yg di potong panjang2...





gaul sebati ---> tutup periuk.. dan tekan high presure 4 minit(if 4 pot beras) ikut pot. pastu biarkan laaaa sampai masakbg yg guna rice cooker biasa., sama juga jer, tumis bahan2 dlm rice cooker pun boleh, atau atas dapoq biasa dulu then last masuk dlm rice cooker.. set masak mcm nasi biasa ja


Comments

  1. bestnya ada noxxa , tak mampu lagi nak beli haha

    ReplyDelete
  2. memang best... insyallah .. adalah rezeki tu nanti

    ReplyDelete
  3. Terima kasih Mommy kongsi. Saya nak try resepi ni. Harap-harap boleh lawan kedai nasi daging paling hot di tempat saya nanti. Hehe

    ReplyDelete
  4. heheh selamat mencuba. tapi kena cub try error lah kan. ada org suka letak rempah kurma

    ReplyDelete
  5. kat rumah tak peiruk noxxa lagi..InshaALLAh nak beli juga nanti..memang nampak mudah sangat masak dgn periuk noxxa ni.

    ReplyDelete
  6. haa rembat lah satu.. sesuai utk org family besar. k. azni pun family 3 org rasa berbaloi

    ReplyDelete
  7. […] Daging – Aku memang penggemar nasi daging dan selalu la buat di rumah sejak2 belajar dari kakak ipar. Jadi hehhe pastilah aku cubakan! Yang […]

    ReplyDelete
  8. […] ayam ni kira menu wajib aku di pagi raya selain menu lain seperti nasi daging dan semestinya aku menggunakan periuk noxxa lah untuk memasak. Ada kawan kawan aku di pantai timur […]

    ReplyDelete
  9. […] lagi killer resepi aku korang kena try buat nasi daging… nanti aku na […]

    ReplyDelete
  10. Aneeza@Adek Achek16 July 2019 at 11:24

    Nothing much to say... noxxa make my life easier... Haha.. tenkiu sharing byk resepi kt sini.. ayam Korea kamu tu one day aku pasti try..

    ReplyDelete
  11. […] sahaja kan nasi ayam. Ada ayam , nasi and sup. Jadi aku beli nak buat nasi ayam hainan nanti. Nasi daging dah teror, hehheh kita ber’ ayam lah pulak. Jom cuba Resepi Nasi Ayam Hainan […]

    ReplyDelete

Post a Comment